Jumat, 30 Maret 2012

Cara Melepaskan Tension


Rokok Bukan Cara Untuk Menghilangkan Tension

Rokok

Ramai yang kata rokok boleh menghilangkan tension, strees, begang, marah, sedih dan lain-lain. Betul ke semua tu??? Pada aku la kan, rokok bukan salah satu cara untuk kita menghilangkan tension ker atau pape la tapi yang pasti rokok itu boleh adalah negetive dan tiada manfaat kalo merokok. Korang penah dengar tak contohnye kalau korang merokok dapat hadiah percutian ke mana-mana. Sudah la hadiah tak ada, malah kita mengeluarkan modal untuk membeli dan menghabiskan tanpa mendapat apa-apa manfaat. Hanya yang dapat daripada merokok adalah keluarkan asap yang berbau agak busuk dari mulut dan membuat O keluar dari mulut. Kelakar pon ada kalau kita tengak balik sebab benda yang macam tu pada aku x payah nak bangga la. Lebih baik cari benda lain yang boleh di banggakan.

Kebiasaan para lelaki yang sedang meningkat remaja akan terjebak dengan merokok kerana diorang kata jika merokok ini melammbangkan lelaki yang sejati la kononnya. Ada pulak yang kata nampak gangster dan macam-macam lagi. Pada pandangan umum sememangnya benda itu akan terjadi pada kalangan remaja ini tetapi mereka sebenarnya tiada tujuan atau sebab kenapa mereka lakukan tetapi hanya diorang mengikut kata-kata orang dan mengikut kehendak nafsu lalu pada hakikat di dalam hati diorang tiada alasan dan sebab yang kukuh untuk mengatakan bahwa kenapa aku ni merokok.

Cuba di fikirkan kembali la kalu sesiapa pernah merokok dan masih seorang perokok. Adakah itu mendatangkan pahala? Adakah merokok memudahkan mendapat syafaat di akhirat kelak? Bolehkan dengan merokok meringankan azab kubur? semua persoalan diatas terkait dengan dasar agama. Jika hanya dinilai dari kehidupan cuba di fikirkan dengan soalan-soalan yang menyebabkan anda merasakan keinsafan dalam diri. Aku penah membuat kajian bagi perokok yang sukar, susah, payah, sulit dan lain-lain untuk berhenti merokok tetapi keinginan untuk berhenti itu ada di dalam benak hati diorang. Aku tanya pada seorang hamba Allah ni, 

Aku : Apa guna kamu merokok? 
Dia : Aku merokok mendatangkan ketenangan.
Aku : Kalau macam tu, kamu merokok kebiasaannya waktu lepas makan bukan? adakah bila kamu lepas makan kamu tension dan kamu tidak tenang dalam hidup kamu?
Dia : Tidak jugak macam tu bang, rokok lepas makan sedap.

Rase nyer korang sendiri dapat menilai adakah alasan hamba Allah ini logik atau pon sekadar alasan yang tidak ada boleh diterima. Aku ada satu tips dan insyaAllah boleh menyebabkan korang berhenti merokok. Cukup mudah dan tidak perlu berpuasa atau pape la. Setiap kali korang nak membeli rokok katakan la beli rokok tu dengan nilai RM10. Cuba dengan duit itu korang jangan beli rokok tetapi korang saje-saje jer bagi dekat membe korang dan anggap la sedekah. Lalu besoknya korang nak beli lagi kan sebab sangap, dengan modal RM10 untuk korang beli rokok korang jangan membeli rokok tetapi bagi lagi duit itu pada membe korang. Haa' agak-agak la kan, korang rase membazir tak dengan perbuatan korang tu, dengan memberikan nilai HARGA ROKOK RM10 kepada membe korang pada setiap hari atau 2 kali sehari?? Sendiri boleh pikir. Try la buat kalo rase berkesan, Syukur pada Allah

Mintak maaf bagi kalangan yang terasa hati dengan apa yang di katakan dalam post ini. Kalau ada yang kata rokok ini mendatangkan manfaat silakan beri komen dan katakan pada manfaatnya. Mohon maaf dan dengan harapan agar apa yang dikongsi dapat memberikan faedah pada agama, bangsa dan negara..sekian..

Apa Itu Filsafat

Pengenalan Filsafat Secara Umum


Filsafat adalah Illmu pengetahuan yang mempersoalkan hakikat dari segala ‎yang ada. Kata filsafat atau falsafat dalam bahasa Arab berasal dari bahasa ‎Yunani philosophia yang secara harfiah berarti cinta kepada pengetahuan atau ‎cinta kepada kebijaksanaan. Orang yang cinta kepada pengetahuan atau ‎kebijaksanaan disebut philosophos atau dalam bahasa Arab failosuf (filsuf). ‎Pencinta pengetahuan atau kebijaksanaan adalah orang yang menjadikan ‎pengetahuan sebagai usaha dan tujuan hidupnya, atau orang mengabdikan ‎hidupnya kepada pengetahuan. Istilah philosophia dan philosophos pertama kali ‎digunakan oleh phythagoras pada (582-507 SM), tetapi istilah ini menjadi populer dan ‎lazim dipakai pada masa Sokrates (469-399 SM) dan Plato (427-347 SM).‎ ‎  ‎

Sedangkan Filsafat menurut  Prof.Dr. HM. Amin Abdullah adalah methodology ‎berfikir, yaitu berfikir kritis, analisis dan sistematis. Filsafat lebih mencerminkan ‎proses berpikir dan bukan sekadar produk pemikiran. ‎Di dalam Al-Qur’an terdapat sejumlah ayat yang menyuruh manusia untuk ‎menggunakan daya nalarnya dengan menjadikan alam semesta sebagai obyek ‎pikirannya. Ayat-ayat Al-Qur’an itu, disamping mendorong timbulnya ilmu ‎pengetahuan yang amat berguna buat kemakmuran hidup manusia juga ‎merangsang munculnya pemikiran filosofis dalam Islam. ‎

Rabu, 28 Maret 2012

Pengenalan Tentang Nikah Gantung

Semua manusia di dunia ini tidak akan lari dari hawa nafsu yang membuatkan mereka ingin mendirikan rumah tangga yang bahagia dan baik di sisi syara'. Namun bukan mudah bagi kita untuk menjalaninya sekiranya kita tidak lagi mampu memikul tanggungjawab itu. Kebiasaan orang memikirkan itu sebagai adat dan lumrah hidup manusia, tetapi harus kita ketahui bahwa nikah atau kahwin itu adalah sebagai satu ibadat yang dilakukan dengan benar pada tempatnya dikira amalan baik di sisi Allah.


Ada dikalangan kita ini mempunyai niat utk berkahwin tetapi ada masalah yang timbul seperti masih tidak mampu lagi untuk memberi nafkah kepada isteri.  Jangan susahkan perkara yang mudah sedangakan islam itu mudah dan jangan menyusahkan. Kebiasaaan yang terjadi hali seperti ini adalah dikalangan para mahasiswa yang masih lagi dalam proses untuk menyelesaikan kuliahnya. Islam ada mengajar manusia agar jauhkan diri dengan perkara yang mendatangkan maksiat tambah-tambah lagi sewaktu sedang kuliah ada cinta di dalam hati yang boleh mendatangkan dosa pada dirinya. Jalan penyelesaian bagi masalah ini adalah melakukan Nikah Gantung. Dosa kering tak dapat, malah dapat pahala lagi.

Nikah gantung adalah sebuah pernikahan yang di mana pasangan itu tidak tinggal bersama atau satu rumah dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan kedua pihak hasil persetujuan dan tanggungjawab suami kepada isteri diringankan serta boleh dilepaskan hanya pada sesuatu tempoh masa. Supaya lebih mudah di fahami bahwa majlis akad nikah sesuai dengan syarat-syaratnya telah di penuhi kemudian majlis kenduri kawin itu ditangguh mengikut keadaan pasangan. Bagi pasangan ini halal bagi mereka melakukan perbuatan seperti suami isteri kerana mereka melakukan pernikahan dengan sah menurut agama islam.

Sebab-sebab terjadinya nikah gantung ini adalah kerana faktor :
  1. Salah seorang dari pasangan atau kedua-keduanya masih dalam menuntut dan belajar (Kuliah).
  2. Masih belum bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri.
  3. Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya sara hidup isteri seperti tempat tinggal, pakaian, makan, minum dan sewaktu dengannya.
  4. Menjauhi maksiat daripada berlaku di dalam sebuah percintaan yang di dasari oleh hawa nafsu semata-mata.
Walaupun nampak remeh perkara ini, tetapi apa gunanya walaupun bernikah dengan sah tetapi disusuli maksiat sebelumnya diwaktu zaman percintaan. Jangan kita larikan dari tujuan utama nikah gantung atau nikah khitbah. Tujuan nikah gantung adalah megelakkan dari berlaku perkara maksiat seperti melakukan zina dan dengan penzinaan itu menghasilkan anak di luar nikah. Adakah kita mahu keturunan kita yang beragama islam ini ada yang berketurunan anak di luar nikah. Selain itu menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat di khalayak ramai dengan berdating pada tempat awam, dengan berdating dapat menimbulkan fitnah-fitnah. Janganlah kita menegakkan perkara yang haram dengan alasan yang tidak masuk akal dan tidak munasabah sedangkan jalan yang halal itu di depan mata. 

Namun, jika sudah telanjur melakukan kesalahan dan maksiat, jangan malu dan segan untuk berubah dan bertaubat. Kebiasaannya pada kita ini akan timbul perasaan malu, takut dan segan dalam diri untuk bertaubat dan berubah. Itu hakikat bagi orang yang tidak berpikir baik-baik. Jangan pikir kita hanya hidup di dunia sedangkan akhirat menanti. Moga-moga apa yang ada dalam petikan ini menjadikan satu bacaan yang bermanfaat buat semua. Lebih dan kurang mohon maaf terlebih dahulu. Walaupun hanya sedikit bahan yang dapat dikongsikan tetapi jika ada yang salah teguran dialu-alukan agar bahan ini menjadi bahan bacaan ilmiah bagi semua pembaca.....Sekian......

Senin, 26 Maret 2012

Pengertian Orientalisme

Orientalisme

Definis Orientalisme

Pengertian orientalisme berasal dari kata Orient yang membawa maksud Timur, Ketimuran dan bisa dikatakan bumi belahan timur. Kata isme dapat diartikan dengan sistem kepercayaan, pahaman dan searti dengannya. Dari pengertian kata di atas dapat disimpulkan pengertian orientalisme ini adalah bagaimana Barat mengkaji, meneliti, melihat tentang ketimuran. Di dalam dunia ketimuran berbagai perkara yang ada namun bisa dikatakan bahwa orientalisme ini mengkaji Timur dari berbagai sudut. Orang barat yang mengkaji ketimuran ini dikenal sebagai orientalisme dan lawan dari orientalisme ini adalah occidentalisme. Occidentalisme pula mengkaji dan melihat tentang kebaratan ( barat ).
Tidak semua orang barat itu dikatakan sebagai orientalisme karena orang yang digelar orientalisme ini adalah dari kalangan orang-orang yang kumpulan sarjana-sarjana Barat, Yahudi, Kristen, Athnies dan lain-lain yang mengkaji tentang ketimuran. Mereka ini hanya mengkaji, membuat analisis tentang ketimuran ( timur ). Lalu merekan menilai dan mengkaji ketimuran ini dari aspek-aspek dibawah ini 
 1.  Agama. 
 2. Sejarah. 
 3. Kebudayaan. 
 4. Ekonomi. 
 5.  Politik. 
 6. Lingkungan yang terkait dengan fasilitas dan lain-lain

Dengan itu, apa yang dapat dipahami bahwa orientalisme tidak semuanya jahat atau jelek malah ada juga dikalangan mereka ini bersikap baik dan memberikan manfaat bagi orang lain dengan pengkajian merekan. Lalu orientalisme ini dapat dibahagikan kepada tiga golongan yaitu :
Pertama : Golongan ini lebih cenderung mengkaji ketimuran tentang agama kemudian dengan kajian itu mereka menghancurkan dan merosakkan agama islam.
Kedua : Pada golongan ini hanya mengkaji ketimuran dan dengan kajian itu mereka mengambil kebaikan serta apa yang bermanfaat lalu mereka praktiskan dan digunapakai untuk mereka.
Ketiga : Bagi golongan ketiga ini mereka hanya mengkaji untuk membuatkan penelitian itu sebagai fakta, rujukan dan bahan ilmiah bagi semua manusia.

Dengan demikian disimpulkan bahwa orientalisme ini ada yang baik dan ada yang buruk. Jadi jangan kita mengangap bahwa semua orientalisme ini adalah musuh islam sedangkan ada sisi baiknya dari golongan mereka ini. Hanya orang yang tidak kenal apa itu orientalisme yang tidak dapat membedakan mereka adalah baik atau jahat. Moga-moga dengan sedikit bahan ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat buat kita semua.

Selasa, 20 Maret 2012

Lirik Lagu Nasyid Shoutul Huffaz

Shoutul Huffaz

Gambar Kenangan zaman persekolahan.
Lagu : Buat Yang Terleka
Penyanyi : Shoutul Huffaz Junior
Director : Syed Jamalullai

Indah dunia melekakan manusia
Kenikmatan syurga bagai di depan mata
Tiba ketika menyahut seruannya
Bagai tiada siapa sedar kewujudannya

Ayuh teman tempuh dugaan
Ujian tuhan tidak berpanjangan
Jangan sekali kau undur diri ooo
Redho ilahi pastikan di sisi

Keimanan al quran sebagai panduan
Ketakwaan sunnah jadi cagaran
Keikhlasan tidak goyah dengan hasutan
Musuh insan  sejak Adam diciptakan

Manusia sering lupa pada apa
Jika hidup di dunia takkan kekal lama
Hanyalah pinjaman dari-Nya
Belum pasti esok jadi milik mu lagi
Ayuh kembalilah kejalan ilahi



Amalan Harian Muslim Sejati

Amalan Harian Muslim Sejati


Al Quran juga ada mengajarkan kita dengan melakukan amalan-amalan harian yang sesuai dengan ajaran agama islam. Tidak mudah untuk kita melakukan perubahan dalam diri kita, tambahan pula jika seseorang itu ego yang ada di dalam dirinya itu menjadikan si dia malu dan susah untuk berubah. Dalam Al Quran juga ada menyatakan bahwa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka tidak mengubah nasibnya sendiri. Dapat kita lihat bahwa jika kita sendiri tidak ingin berusaha untuk berubah kepada sesuatu maka tidak akan menjadi apa-apa perubahan pada diri kita. Dengan adanya tips amalan harian di bawah ini moga-moga bermanfaat untuk pembaca dan di harapkan mana yang baik silakan ikut.
  1. Mandi sebelum waktu subuh.
  2. Meminum segalas air suam dan jika ada madu lebih baik ditambah sesudu madu ke dalam air suam.
  3. Membaca al  Ma'thurat selepas solat subuh kerana dengan amalan membaca al Ma'thurat ini dapat menjadi pedinding dari segala macam sihir dan lain-lain InsyaAllah.
  4. Sarapan dengan makanan yang berkhasiat.
  5. Mengelakkan dari kemarahan di waktu pagi-pagi kerana kebiasaannya jika marah di waktu pagi-pagi ini akan menjadikan kurang semangat di dalam kerja sehari-hari.
  6. Mengelakkan makan makanan barat dan bercampur dengan makanan laut seperti di waktu makan itu ada lauk ikan dan ayam.
  7. Melakukan Qailullah di waktu tengah hari kerana dengan melakukan Qailullah dapat memberikan tenaga di waktu malam hari.
  8. Melakukan riadah di waktu petang untuk menjaga kesihatan.
  9. Elakkan dari makan malam ( makan benda yang berat ) selepas maghrib.
  10. Membaca al Quran setiap hari.
  11. Solat berjemaah.
  12. Usaha menjadi lebih baik daripada semalam.
  13. Muhasabah diri sebelum tidur.
 Mudah-mudahan dengan beberapa tips di atas bermanfaat buat semua. Aminnnn.....

Senin, 19 Maret 2012

Gambar Messi Jadi Keeper

Gambar Messi Jadi Keeper


siapa yang tak kenal pemain terbaek dunia nie yaitu messi...seperti yg sedia maklum messi posisi yang dia maen dalam team barca adalah penyerang...tpi, setahu ak yang ak penah baca di laman web yg lain ada yang mengatakan bahwa messi ada mempunyai bakat dalam menjadi kiper seperti yang anda lihat gambar ini...

Rabu, 14 Maret 2012

salam...baru ari nie ak thu ape itu blog...wlaupun rse mcm ketinggalan zaman skit, kire ok per sbb ada org yg x nk lnsung ambik thu...so, i hope bnda nie bermanfaat la utk ak..