Bagaimana Masuknya Islam Di Tanah Melayu
Kedatangan agama Islam di Malaysia pada abad ke 7 Masihi. Pandangan ini berdasarkan agama Islam yang disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Pada masa itu para pedagang singgah di pelabuhan utama yaitu di pelabuhan Perlak di negeri Melaka. Jesteru itu negeri Melaka yang pertama didalam Malaysia agama Islam masuk. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi.
Mengikut cacatan Marco Polo, agama
Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292,
semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat
Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan
pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh
para pedagang Arab di Nusantara.
Menurut beliau lagi, itulah
satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu. Manakala Ibnu
Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa
dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga
1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan
mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di
sekelilingnya masih belum memeluk Islam.
Setelah kedatangan Islam, kehidupan baru manusia Alam Melayu atau
Nusantara itu bertukar daripada kepercayaan tahyul kepada suatu keyakinan yang
berpaksikan aqidah yang didasari intelektualisme dan rasionalisme. Islam telah
membawa kesan yang meluas dan mendalam terhadap kehidupan sosial budaya dan
membentuk kerajaan Melayu.
Kesan kedatangan Islam terhadap kehidupan sosial dan kebudayaan Melayu
serta sistem kerajaan merupakan suatu proses pembudayaan yang boleh dikaji dari
pelbagai sudut seperti pendidikan dan pengembangan ilmu, bahasa, kebudayaan dan
kesenian, politik dan pentadbiran,
ketatanegaraan, hukum hakam, dan sebagainya.
Dari sudut sejarahnya selepas
kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita
dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosial budaya dan politik.
Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor.
Perubahan dalam bidang sosial budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah
menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam
adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab
berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai
pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para
pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.
Bukti sejarah Islam di Malaysia ditandai dengan ditemukannya sebuah batu nisan di Kedah yang tertulis nama Syekh Abdul
Qadir Ibnu Khusyen Syah seorang da’i keturunan Persia pada abad ke abad ke-9 M.
Bukti sejarah lainnya adalah dengan ditemukannya
batu bersurat yang lebih dikenal dengan nama Tugu Peringatan Batu yang ditemui
di Kuala Berang, Trengganu. Dilihat
secara menyeluruh, sejak zaman berzaman umat Melayu mungkin dapat digolongkan
sebagai umat yang taat beragama. Setidak-tidaknya penghayatan syiar-syiar agama
masih bersemarak. Setiap tahun jemaah haji dari rantau ini terutamanya dari
Malaysia dan Indonesia adalah antara yang terbesar jumlahnya. Sebahagian besar
umat Melayu masih menghormati hukum-hakam agama. Yang paling jelas
orang Melayu lemah penghayatan Islam mereka tetapi masih menghormati
ajaran-ajaran Islam tertentu seperti larangan makan babi dan binatang-binatang
lain yang diharamkan, termasuk juga binatang-binatang halal yang tidak
disembelih secara Islam. Selain itu, fenomena bertukar agama atau keluar dari
Islam boleh dikatakan jarang sekali terjadi.
Ringkasan Salasilah Pemerintahan Melaka
1400 – 1414: Raja Iskandar Shah (nama Islam
Parameswara)
1414 – 1424: Raja Megat Iskandar Shah
1424 – 1444: Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445: Sultan Ibrahim/Sultan Abu Sa’id –
dibunuh oleh pembesar Melaka akibat rasa tidak puas hati dengan
pemerintahannya.
1445 – 1459: Raja Kassim/Sultan Muzaffar Shah.
Melaka pernah diserang sebanyak 2 kali oleh Siam. Dipatahkan oleh Tun Perak dan
Tun Hamzah.
1459 – 1477: Sultan Mansur Shah – zaman kemuncak
Melaka. Kegemilangan Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur Shah berkahwin
dengan Puteri Hang Li Po.
1477 – 1488: Sultan Alauddin Ri’ayat Shah
1488-1511: Sultan Mahmud Shah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar