Selasa, 20 Maret 2012

Amalan Harian Muslim Sejati

Amalan Harian Muslim Sejati


Al Quran juga ada mengajarkan kita dengan melakukan amalan-amalan harian yang sesuai dengan ajaran agama islam. Tidak mudah untuk kita melakukan perubahan dalam diri kita, tambahan pula jika seseorang itu ego yang ada di dalam dirinya itu menjadikan si dia malu dan susah untuk berubah. Dalam Al Quran juga ada menyatakan bahwa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka tidak mengubah nasibnya sendiri. Dapat kita lihat bahwa jika kita sendiri tidak ingin berusaha untuk berubah kepada sesuatu maka tidak akan menjadi apa-apa perubahan pada diri kita. Dengan adanya tips amalan harian di bawah ini moga-moga bermanfaat untuk pembaca dan di harapkan mana yang baik silakan ikut.
  1. Mandi sebelum waktu subuh.
  2. Meminum segalas air suam dan jika ada madu lebih baik ditambah sesudu madu ke dalam air suam.
  3. Membaca al  Ma'thurat selepas solat subuh kerana dengan amalan membaca al Ma'thurat ini dapat menjadi pedinding dari segala macam sihir dan lain-lain InsyaAllah.
  4. Sarapan dengan makanan yang berkhasiat.
  5. Mengelakkan dari kemarahan di waktu pagi-pagi kerana kebiasaannya jika marah di waktu pagi-pagi ini akan menjadikan kurang semangat di dalam kerja sehari-hari.
  6. Mengelakkan makan makanan barat dan bercampur dengan makanan laut seperti di waktu makan itu ada lauk ikan dan ayam.
  7. Melakukan Qailullah di waktu tengah hari kerana dengan melakukan Qailullah dapat memberikan tenaga di waktu malam hari.
  8. Melakukan riadah di waktu petang untuk menjaga kesihatan.
  9. Elakkan dari makan malam ( makan benda yang berat ) selepas maghrib.
  10. Membaca al Quran setiap hari.
  11. Solat berjemaah.
  12. Usaha menjadi lebih baik daripada semalam.
  13. Muhasabah diri sebelum tidur.
 Mudah-mudahan dengan beberapa tips di atas bermanfaat buat semua. Aminnnn.....

3 komentar:

Dzasc Skachers mengatakan...

gud info..
hg tak buat ke alt="" title=""?

Abdullah Azam mengatakan...

ak buat...mybe salah kowt..

Abdullah Azam mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.