Rabu, 28 Maret 2012

Pengenalan Tentang Nikah Gantung

Semua manusia di dunia ini tidak akan lari dari hawa nafsu yang membuatkan mereka ingin mendirikan rumah tangga yang bahagia dan baik di sisi syara'. Namun bukan mudah bagi kita untuk menjalaninya sekiranya kita tidak lagi mampu memikul tanggungjawab itu. Kebiasaan orang memikirkan itu sebagai adat dan lumrah hidup manusia, tetapi harus kita ketahui bahwa nikah atau kahwin itu adalah sebagai satu ibadat yang dilakukan dengan benar pada tempatnya dikira amalan baik di sisi Allah.


Ada dikalangan kita ini mempunyai niat utk berkahwin tetapi ada masalah yang timbul seperti masih tidak mampu lagi untuk memberi nafkah kepada isteri.  Jangan susahkan perkara yang mudah sedangakan islam itu mudah dan jangan menyusahkan. Kebiasaaan yang terjadi hali seperti ini adalah dikalangan para mahasiswa yang masih lagi dalam proses untuk menyelesaikan kuliahnya. Islam ada mengajar manusia agar jauhkan diri dengan perkara yang mendatangkan maksiat tambah-tambah lagi sewaktu sedang kuliah ada cinta di dalam hati yang boleh mendatangkan dosa pada dirinya. Jalan penyelesaian bagi masalah ini adalah melakukan Nikah Gantung. Dosa kering tak dapat, malah dapat pahala lagi.

Nikah gantung adalah sebuah pernikahan yang di mana pasangan itu tidak tinggal bersama atau satu rumah dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan kedua pihak hasil persetujuan dan tanggungjawab suami kepada isteri diringankan serta boleh dilepaskan hanya pada sesuatu tempoh masa. Supaya lebih mudah di fahami bahwa majlis akad nikah sesuai dengan syarat-syaratnya telah di penuhi kemudian majlis kenduri kawin itu ditangguh mengikut keadaan pasangan. Bagi pasangan ini halal bagi mereka melakukan perbuatan seperti suami isteri kerana mereka melakukan pernikahan dengan sah menurut agama islam.

Sebab-sebab terjadinya nikah gantung ini adalah kerana faktor :
  1. Salah seorang dari pasangan atau kedua-keduanya masih dalam menuntut dan belajar (Kuliah).
  2. Masih belum bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri.
  3. Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya sara hidup isteri seperti tempat tinggal, pakaian, makan, minum dan sewaktu dengannya.
  4. Menjauhi maksiat daripada berlaku di dalam sebuah percintaan yang di dasari oleh hawa nafsu semata-mata.
Walaupun nampak remeh perkara ini, tetapi apa gunanya walaupun bernikah dengan sah tetapi disusuli maksiat sebelumnya diwaktu zaman percintaan. Jangan kita larikan dari tujuan utama nikah gantung atau nikah khitbah. Tujuan nikah gantung adalah megelakkan dari berlaku perkara maksiat seperti melakukan zina dan dengan penzinaan itu menghasilkan anak di luar nikah. Adakah kita mahu keturunan kita yang beragama islam ini ada yang berketurunan anak di luar nikah. Selain itu menjauhkan pasangan dari melakukan maksiat di khalayak ramai dengan berdating pada tempat awam, dengan berdating dapat menimbulkan fitnah-fitnah. Janganlah kita menegakkan perkara yang haram dengan alasan yang tidak masuk akal dan tidak munasabah sedangkan jalan yang halal itu di depan mata. 

Namun, jika sudah telanjur melakukan kesalahan dan maksiat, jangan malu dan segan untuk berubah dan bertaubat. Kebiasaannya pada kita ini akan timbul perasaan malu, takut dan segan dalam diri untuk bertaubat dan berubah. Itu hakikat bagi orang yang tidak berpikir baik-baik. Jangan pikir kita hanya hidup di dunia sedangkan akhirat menanti. Moga-moga apa yang ada dalam petikan ini menjadikan satu bacaan yang bermanfaat buat semua. Lebih dan kurang mohon maaf terlebih dahulu. Walaupun hanya sedikit bahan yang dapat dikongsikan tetapi jika ada yang salah teguran dialu-alukan agar bahan ini menjadi bahan bacaan ilmiah bagi semua pembaca.....Sekian......

Tidak ada komentar: