Jumat, 30 Maret 2012

Cara Melepaskan Tension


Rokok Bukan Cara Untuk Menghilangkan Tension

Rokok

Ramai yang kata rokok boleh menghilangkan tension, strees, begang, marah, sedih dan lain-lain. Betul ke semua tu??? Pada aku la kan, rokok bukan salah satu cara untuk kita menghilangkan tension ker atau pape la tapi yang pasti rokok itu boleh adalah negetive dan tiada manfaat kalo merokok. Korang penah dengar tak contohnye kalau korang merokok dapat hadiah percutian ke mana-mana. Sudah la hadiah tak ada, malah kita mengeluarkan modal untuk membeli dan menghabiskan tanpa mendapat apa-apa manfaat. Hanya yang dapat daripada merokok adalah keluarkan asap yang berbau agak busuk dari mulut dan membuat O keluar dari mulut. Kelakar pon ada kalau kita tengak balik sebab benda yang macam tu pada aku x payah nak bangga la. Lebih baik cari benda lain yang boleh di banggakan.

Kebiasaan para lelaki yang sedang meningkat remaja akan terjebak dengan merokok kerana diorang kata jika merokok ini melammbangkan lelaki yang sejati la kononnya. Ada pulak yang kata nampak gangster dan macam-macam lagi. Pada pandangan umum sememangnya benda itu akan terjadi pada kalangan remaja ini tetapi mereka sebenarnya tiada tujuan atau sebab kenapa mereka lakukan tetapi hanya diorang mengikut kata-kata orang dan mengikut kehendak nafsu lalu pada hakikat di dalam hati diorang tiada alasan dan sebab yang kukuh untuk mengatakan bahwa kenapa aku ni merokok.

Cuba di fikirkan kembali la kalu sesiapa pernah merokok dan masih seorang perokok. Adakah itu mendatangkan pahala? Adakah merokok memudahkan mendapat syafaat di akhirat kelak? Bolehkan dengan merokok meringankan azab kubur? semua persoalan diatas terkait dengan dasar agama. Jika hanya dinilai dari kehidupan cuba di fikirkan dengan soalan-soalan yang menyebabkan anda merasakan keinsafan dalam diri. Aku penah membuat kajian bagi perokok yang sukar, susah, payah, sulit dan lain-lain untuk berhenti merokok tetapi keinginan untuk berhenti itu ada di dalam benak hati diorang. Aku tanya pada seorang hamba Allah ni, 

Aku : Apa guna kamu merokok? 
Dia : Aku merokok mendatangkan ketenangan.
Aku : Kalau macam tu, kamu merokok kebiasaannya waktu lepas makan bukan? adakah bila kamu lepas makan kamu tension dan kamu tidak tenang dalam hidup kamu?
Dia : Tidak jugak macam tu bang, rokok lepas makan sedap.

Rase nyer korang sendiri dapat menilai adakah alasan hamba Allah ini logik atau pon sekadar alasan yang tidak ada boleh diterima. Aku ada satu tips dan insyaAllah boleh menyebabkan korang berhenti merokok. Cukup mudah dan tidak perlu berpuasa atau pape la. Setiap kali korang nak membeli rokok katakan la beli rokok tu dengan nilai RM10. Cuba dengan duit itu korang jangan beli rokok tetapi korang saje-saje jer bagi dekat membe korang dan anggap la sedekah. Lalu besoknya korang nak beli lagi kan sebab sangap, dengan modal RM10 untuk korang beli rokok korang jangan membeli rokok tetapi bagi lagi duit itu pada membe korang. Haa' agak-agak la kan, korang rase membazir tak dengan perbuatan korang tu, dengan memberikan nilai HARGA ROKOK RM10 kepada membe korang pada setiap hari atau 2 kali sehari?? Sendiri boleh pikir. Try la buat kalo rase berkesan, Syukur pada Allah

Mintak maaf bagi kalangan yang terasa hati dengan apa yang di katakan dalam post ini. Kalau ada yang kata rokok ini mendatangkan manfaat silakan beri komen dan katakan pada manfaatnya. Mohon maaf dan dengan harapan agar apa yang dikongsi dapat memberikan faedah pada agama, bangsa dan negara..sekian..

Tidak ada komentar: