Sabtu, 14 April 2012

Cara Menguatkan Daya Ingatan

Semua manusia yang mempunyai otak dan akal bagi menalar sesuatu perkara secara normal. Tetapi adakah semua yang dihasilkan oleh sebuah akal dapat di imbas kembali setelah sekian lama. Tidak semua manusia dapat mengingat perkara yang sudah lama, malah ada yang lebih malang lagi hanya satu minggu pelajaran yang telah di pelajarinya tidak ingat lagi bila di tanya dalam kelas. Dengan demikian di sini terdapat beberapa tips untuk meningkatkan kekuatan ingatan atau pun mahu menambah kekuatan ingatan.
  1. Setiap hari menghafal ayat suci al-Quran walaupun sedikit dan menggulang apa yang telah di hafal bagi mempertajamkan ingatan.
  2. Bermain permainan yang mengunakan nombor.
  3. Makan makanan seperti madu, kismis dan sewaktu dengannya setelah bagun pagi tanpa di dahulukan dengan makanan yang lain.
  4. Menghafal nombor sebaiknya tidak mengikut urutan.
  5. Menjauhi daripada perbuatan maksiat.
  6. Berdoa.
Ini hanya sedikit yang boleh digunakan untuk memperkuatkan ingatan. Harus di ingatkan bahawa tiada gunanya juga sekiranya kita hanya melakukan tips-tips yang membolehkan ingatan menjadi kuat tetapi kita melakukan perkara-perkara yang melemahkan daya ingatan itu sendiri. Jangan sesekali kita alpa dan lalai dengan benda yang remeh ini yang menyebabkan tiada hasil dengan apa yang telah diamalkan. Dapat di sertakan di sini pantang larang untuk menguatkan daya ingatan.
  1. Memakan makan yang masam seperti jeruk, limau, manga muda dan lain-lain.
  2. Mengelakan dari makan maggi.
  3. Tidak di galakan untuk meminum air yang ada unsur-unsur pengawet dan bahan perasa seperti air gas. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan minuman ini dapat menumpulkan ketajaman ingatan.
  4. Air yang telah di masuki semut.
  5. Menjauhi dari hilangnya keberkatan seorang guru. Ini paling penting dalam keadaan yang masih dalam menuntut ilmu Allah.
Walaupun ini hanya sedikit yang dapat di kongsikan, namun tidak perlu tamak dalam mengkejar apa yang di inginkan kerana ada sesetengah orang dia hendak melakukan yang terbaik padahal benda yang sikit pun malas nak buat. Istiqomah itu penting dalam sesuatu amalan yang mulia kerana Allah lebih suka orang yang melakukan perbuatan yang mulia walaupun sedikit tetapi beliau istiqomah melakukannya daripada orang yang melakukan perbuatan mulia tetapi tidak beristiqomah dalam melakukannya. Semoga dengan apa yang dikongsikan ini bermanfaat buat semua manusia.

Tidak ada komentar: